Sunday, October 25, 2009

SOLAT TAUBAT.

Solat Taubat



Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;


Waktu di lakukan - bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail


Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah - sila rujuk kpd pakar feqah)


Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.


Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.


Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),











Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”


Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti







Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah


dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,







Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhanselain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan akudi dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Musekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan.Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan akumengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”


Kemudian boleh juga berdoa mengikut luahan hati dan munajat masing-masing ke hadhrat Allah.

Thursday, October 22, 2009

ALHAMDULILLAH

semalam 21.10.2009, akhirnya Allah makbulkan doaku....setelah 6bulan baru aku dapat jawapan atas rayuan untuk suami aku pergi sebagai mahramku. Allhamdulillah ya Allah, terima kasih atas Anugerah ini.

hari ni, tanpa berlengah lagi aku dan suami ke TH Maju Junction untuk mengesahkan tawaran sebagai tetamu Allah tahun 1430H. Then terus ke TH Lantai 30 untuk menyerahkan pasport untuk proses seterusnya. Maybe next week suamiku akan dapat suntikan wajib.

Ya Allah semoga kau mudahkanlah segala urusan ku. AMin

Tuesday, October 13, 2009

TARIKH-TARIKH PENTING-PERSIAPAN MENUJU KE BAITULLAH-HAJI 2009/1430H

18HB MAC-TERIMA SURAT TAWARAN JEMAAH STANDBY


03HB APRIL-BUAT SURAT RAYUAN MAHRAM UNTUK SUAMI


18HB MEI-TERIMA SURAT TAWARAN JEMAAH TERPILIH.. alhamdulillah


18HB-19HB JULAI-KURSUS HAJI INTENSIF-TABUNG HAJI JLN TUN RAZAK


04HB OGOS-SERAH PASPORT TH MAJU JUNCTION


25HB JULAI-AMBIL SUNTIKAN WAJIB KLINIK TANG LING, JLN CENDERASARI


3HB-4HB OKTOBER - KURSUS HAJI PERDANA - MASJID PUTRA,PUTRAJAYA.


10HB OKTOBER - KULIAH REVISION MENGENAI PERSIAPAN HAJI - MASJID AS-SYAKIRIN, KLCC
OLEH USTAZ HJ AHMAD ROSLI B. AHMAD MOKHTAR(MANTAN IMAM MASJID
PUTRA, PUTRAJAYA,


11HB OKTOBER- AMBIL BARANG-BARANG HAJI DI TH MAJU JUNCTION(DAPAT BEG, DLL)

31HB OKTOBER -LAPUR DIRI DI KELANA JAYA KT33 11.15PG


10HB NOVEMBER - KE MEKAH


24HB NOVERMBER - BERGERAK KE PADANG ARAFAH/WUKUF


25HB NOVERMBER - WUKUF DI ARAFAH (harijadi ku ke 38)


26HB NOVERMBER - MINA


(Melontar Jamrah Aqabah /Tahallul Awal)


27 NOVEMBER - MUZDAKIFFAH-HARI TASYRIK 1


28 NOVEMBER - HARI TASYRIK 2


29 NOVEMBER - HARI TASYRIK 3/KE MEKAH- TAWAF IFADHAH
 30 November - TAWAF /SAIE/ TAHALUL THANI


1 December - 14 December - MEKAH/UMRAH SUNAT/TAWAF SUNAT


14 December - PULANG KE MALAYSIA 3.20 PAGI, 15.12.09 KLIA 10.50 PAGI

DOAKAN KAMI MENDAPAT HAJI YANG MABRUR

Thursday, August 20, 2009

SELAMAT BERPUASA

PANDUAN MENJALANI IBADAH PUASA DI BULAN RAMADHAN

Insya Allah pada hari Sabtu nie semua umat Islam di Malaysia dan kawasan sama waktu dengannya akan mula berpuasa. Kita mesti niat, kita dapat berpuasa dan meningkatkan amalan-amalan yang sunat dan wajib bagi mengharapkan ganjaran dari Yang ESA.
Moga-moga Allah menerima segala amalan kita nie.. AMin. Mari kita semak cheklist ni...

Amalan-amalan di bulan Ramadhan
(Kalau tak dapat buat semua, jangan tinggal semua)
1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pada permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10)Sahur diwaktu akhir
11)Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup
sahur dengan air susu
12)Mandi Janabat sebelum Imsak
13)Kurangkan tidur
14)Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15)Tunaikan Solat Dhuha
16)Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17)Tunaikan solat Rawatib
18)Jaga pacaindera
19)Elakkan gosok gigi selepas tergelincir matahari hingga berbuka
20)Hadiri majlis ilmu
21)Buat baik kepada ibubapa
22)Isteri hendaklah taat pada suami
23)Banyakkan bersedekah
24)Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yang belum dipanaskan oleh api
25)Berbuka bersama org tua
26)Jemput tetamu berbuka
27)Kurangkan berat badan
28)Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja), utk isteri boleh dgn keizinan suami
29)Baiki hubungan suami isteri
30)Baiki hubungan jiran
31)Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32)Elakkan berbelanja berlebihan
33)Kuatkan kesabaran
34)Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
35)Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36)Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar
37)Elakkan menonton TV yang mengandungi nafsu
38)Elakkan mendengar radio berunsur hiburan hingga melalaikan
39)Berdoa dengan nada lembut dan merayu
40)Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri pada waktu siang hari
41)Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yang meninggal dunia
42)Melazimkan solat waktu
43)Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44)Elakkan banyak berhutang
45)Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu
Ramadahan di tahun akan datang
46)Mengeluarkan zakat fitrah
47)Elakkan membazir di Pasar Ramadhan. Jangan beli juadah ikut nafsu.

Tuesday, August 18, 2009

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN AL MUBARAK

Assalamualaikum,

Buat semua umat Islam diucapkan menjalani ibadat puasa di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Sama-sama kita berniat untuk meningkatkan mutu iman dan puasa kita, semoga Allah menerima semua amalan kita ini. Amin..

Friday, August 14, 2009

saat kematian seorang yang beriman

Pernahkah kita meminta supaya kita dimatikan dengan penutup yang baik 'husnul khatimah'?
Sebenarnya bukan kena minta sahaja tetapi kena buru dan kena cari. Kali ini kita bincangkan tanda-tanda mati husnul khatimah. Antara tanda mati husnul khatimah ialah:

1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga." (Hadis Riwayat Hakim)

2. Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: "Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya." (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas'ud)

3. Wafat pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:

"Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur." (Hadis Riwayat Ahmad)

4. Mati syahid di dalam medan perang.

5. Mati dalam peperangan fisabilillah.

Rasulullah bersabda, maksudnya: "Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian?

Mereka menjawab: "Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah.

Baginda bersabda: "Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit."

Kalangan sahabat kembali bertanya: "Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?"

Baginda menjawab: "Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid."(Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)

6. Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut:

Rasulullah bersabda, maksudnya: "Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim." (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)

7. Mati kerana tenggelam.

8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah.

Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: "Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah." (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)

9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.

10. Mati terbakar.

11. Mati kerana penyakit busung perut.

Mengenai kedua perkara ini banyak sekali riwayat dan yang paling masyhur adalah dari Jabir bin Atik secara marfu': "Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid." (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad)

12. Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBC).

Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: "Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid." (Hadis riwayat Thabrani)

13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak. "Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa'i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

14. Mati dalam membela agama dan jiwa. "Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati dalam membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid."

15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur)."

16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh. Semoga kematian kita dalam husnul khatiimah.